PANGGILAN ABSTRAK

Pihak sekretariat dengan berbesar hati menjemput pihak yang berminat untuk membentangkan kertas kerja di persidangan ini. Sebarang bentuk kertas kerja yang berkaitan dengan isu kerja sosial dialu-alukan namun hendaklah terfokus kepada mana-mana tema yang tersenarai.

Pihak yang berminat membentangkan kertas kerja dijemput untuk menghantar abstrak untuk pertimbangan pihak sekretariat. Setiap abstrak hendaklah disertakan dengan topik, nama dan afiliasi penulis dan emel untuk dihubungi. Sekiranya penulis lebih dari seorang, penulis utama hendaklah diletakkan di hadapan dan dinamakan salah seorang sebagai penulis yang boleh dihubungi (corresponding author). Abstrak hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan dan disertakan dengan tidak lebih dari lima kata kunci yang menggambarkan isu yang hendak dibincangkan. Abstrak boleh ditulis menggunakan perisian Microsoft Word dan dihantar melalui e-mel ke pesanuum2017@gmail.com

GARISPANDUAN KERTAS KERJA

Jenis-jenis kertas kerja yang diterima untuk dibentangkan dalam persidangan ini adalah seperti berikut:

  • Kertas penyelidikan
  • Kertas konsep
  • Perbincangan teori / model
  • Perkongsian pengalaman / praktis / kajian kes

Kertas kerja penuh hendaklah mengikut garispanduan berikut:

  • Mata huruf Times New Roman 12 pt.
  • Langkau sebaris (single spacing).
  • Panjang tidak melebihi 5 mukasurat termasuk rujukan, gambar, gambarajah, geraf, jadual dan rujukan.
  • Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Templet kertas kerja boleh dimuat turun di sini: Versi Bahasa Melayu | English Version.

Kertas kerja penuh yang dihantar sebelum tarikh yang ditetapkan dan memenuhi kriteria yang sesuai untuk penerbitan ilmiah akan diterbitkan dalam Prosiding PESAN 2017.

Untuk maklumat lanjut tentang kertas kerja, sila hubungi:

Dr. Chan Cheong Chong
Ketua Biro Kertas Kerja Pesan 2017
Tel.: 012-369 5140


Hakcipta © PESAN2017 • Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial,
UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia